Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk

13 Oct 2024 • 9:22 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penemuan tangan dan kepala di dalam ruangan beku peti sejuk di sebuah kediaman di Colorado, Amerika Syarikat merungkai misteri kehilangan seorang gadis 20 tahun lalu.

Kedua-dua anggota kepala dan tangan tersebut disahkan milik seorang gadis yang hilang pada usia 16 tahun. Identiti gadis dikenali sebagai Amanda Overstreet selepas ujian DNA dijalankan, lapor CNN.

Menurut kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa, kepala dan tangan ditemui dalam ruangan beku peti sejuk sebuah rumah yang dijual di Grand Junction, Colorado pada 12 Januari lalu. 

Ia ditemui oleh seorang individu yang mahu mengambil peti sejuk tersebut yang diberikan secara percuma.

Overstreet dipercayai merupakan anak perempuan kepada tuan rumah tersebut.

Beberapa jiran mendakwa kali terakhir melihat gadis tersebut sekitar April 2005 sewaktu keluar ke sekolah.

Kelibatnya tidak pernah kelihatan lagi selepas itu dan pihak berkuasa tempatan mengesahkan tida menerima sebarang laporan orang hilang berkaitan Overstreet.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved