Hilang Arah Tujuan, Penumpang MYAirlines Kecewa Terkandas Tanpa Bantuan

12 Oct 2023 • 10:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semoga ada sinar.

Hilang Arah Tujuan, Penumpang MYAirlines Kecewa Terkandas Tanpa Bantuan. Susulan isu syarikat MYAirlines yang secara mengejut mengeluarkan notis pemberhentian operasi berkuatkuasa hari ini, 12 Oktober 2023, Khamis, ramai penumpang meluahkan perasaan kecewa bercampur marah.

Hal ini disebabkan kegagalan pihak syarikat penerbangan berkenaan sekurang-kurangnya menghantar notis pembatalan penerbangan dengan lebih awal, selain menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama di lapangan terbang.

image is not available
Hilang Arah Tujuan, Penumpang MYAirlines Kecewa Terkandas Tanpa Bantuan. Sumber: X SoyaCincau

Para penumpang juga seolah-olah buntu untuk mencari bantuan berkenaan penerbangan mereka, apatah lagi tiada satu pun kaunter MYAirline yang dibuka mahu pun staf yang hadir di lapangan terbang sepertimana yang berlaku di KLIA2.

‘Kasitau la awal-awal jangan aniaya orang macam ni’ – Penumpang

Tinjauan mendapati rata-rata penumpang meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan situasi ini yang disifatkan tidak adil buat mereka yang sudah mengeluarkan belanja tiket kapal terbang yang semestinya tidak murah pada waktu ekonomi yang gawat sebegini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Lebih malang buat mereka yang harus menaiki penerbangan untuk urusan-urusan penting dan terpaksa membeli tiket penerbangan baharu dengan harga yang jauh lebih mahal.

Laman sosial media MYAirlines masih aktif sehingga semalam

Sebuah laman media di X pula memuat naik suasana di KLIA2 yang dipenuhi dengan penumpang MYAirlines yang sedang menunggu ‘sinar’ bantuan.

image is not available
Sumber: X SoyaCincau

image is not available
Sumber: X SoyaCincau

Meninjau ke laman sosial media MYAirlines pula, syarikat tersebut dilihat masih memuat naik perkembangan terkini serta beberapa promosi harga penerbangan dan giveaway.

image is not available

image is not available

Semoga semua penumpang yang terjejas dapat diberikan jalan penyelesaian yang sepatutnya.

Tepat pada 1 Disember tahun lalu, pesawat pertama MYAirlines ke Kuching dilancarkan: