Hilang Dari ‘Radar’, Azhan Rani Jelaskan Keadaan Noorkhiriah – “Emosi Manusia Adakala Berubah..”

Entertainment
29 Sep 2026 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan pelakon Noorkhiriah yang tidak lagi aktif di media sosial sejak beberapa bulan lalu mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, pelakon Azhan Rani percaya rakannya itu berada dalam keadaan baik dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Azhan, 50, keputusan seseorang untuk menutup akaun media sosial tidak semestinya berpunca daripada masalah, sebaliknya mungkin kerana mahu berehat seketika daripada dunia maya.

“Bagi saya, tidak perlu risau sebab tiada masalah pun. Saya sendiri pernah tutup akaun media sosial dan kemudian buka akaun baharu. Ada masa seseorang itu rasa rimas dan mahu berehat sekejap.”

Azhan berkata, mengenali Noorkhiriah, keputusan sebegitu bukan sesuatu yang terlalu mengejutkan kerana aktres itu juga pernah mengumumkan mahu berhenti berlakon sebelum kembali aktif di set penggambaran.

Menurutnya, perkara paling penting ketika ini adalah mengetahui Noorkhiriah berada dalam keadaan baik.

“Paling penting sekarang kita tahu dia okey, itu sudah cukup. Kalau Noorkhiriah hilang, orang pertama yang bimbang tentu suaminya,” katanya ketika ditemui pada majlis penghargaan filem Chelot.

Dalam masa sama, Azhan turut menjelaskan hubungannya dengan Noorkhiriah tidaklah serapat seperti yang disangka sesetengah pihak.

Noor khiriah

Menurutnya, mereka lebih banyak berhubung ketika terlibat dalam projek yang sama dan masing-masing mempunyai lingkungan sahabat sendiri.

Azhan berkata, disebabkan ramai yang menganggap mereka rapat, dia sering ditanya mengenai keadaan Noorkhiriah selepas pelakon itu menutup akaun media sosial.

Kali terakhir mereka berkomunikasi adalah ketika sama-sama membintangi drama 1000 Tahun.

Mereka juga masih berada dalam satu kumpulan WhatsApp bersama kru produksi drama berkenaan.

“Kawan lain dalam grup sama ada maklumkan bahawa dia sekarang sibuk menjalani penggambaran di Pahang. Maknanya dia okey,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram milik Noorkhiriah dilaporkan tidak aktif sejak beberapa bulan lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai keadaannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Hilang Dari ‘Radar’, Azhan Rani Jelaskan Keadaan Noorkhiriah – “Emosi Manusia Adakala Berubah..”2026-09-28 10:49:16

"Saya Tidak Takut.." - Maria Danisha Kongsi Foto Adik-Beradik, Netizen Titip Kata Semangat

The post Hilang Dari ‘Radar’, Azhan Rani Jelaskan Keadaan Noorkhiriah – “Emosi Manusia Adakala Berubah..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved