Hilang Empat Ahli Keluarga, Attar Azim Menangis Ketika Pengebumian

4 Mar 2024 • 10:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kanak-kanak yang kehilangan empat ahli keluarga akibat nahas yang berlaku di kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan, pada Sabtu menangis semasa pengebumian jenazah ibu bapa dan dua orang adiknya.

image is not available

Foto: Media sosial

Menurut laporan daripada Harian Metro, Attar Azim Syukran Jamil berkata, ibu bapanya kerap kali berpesan agar sentiasa beradab kepada orang tua serta persediaan diri menjelang bulan Ramadan.

“Abah kata, kena doa banyak-banyak supaya boleh puasa. Abah kata puasa tu best, ada banyak pahala tapi abah kata kena doa banyak-banyak. Ada orang yang tak dapat puasa, jadi dia tak dapat kumpul banyak pahala.

“Mak kata pula kalau belajar pandai, tapi tak hormat ibu bapa tiada guna,” kata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di Tanjung Malim pada malam tadi.

image is not available

Foto: Harian Metro

Tambah Attar Azim lagi, dia menanti ahli keluarganya di syurga nanti sekali gus menimbulkan sebak netizen di ruangan komen laporan berkenaan.

“Tunggu tau Attar di syurga. Nanti dah tak boleh peluk dah, sebab keluarga Attar dah pergi alam lain,” ujarnya.

Allahuakbar! Semoga Allah beri kehidupan yang baik

image is not available

Ya Allah, kasihannya

image is not available

Kuatkan semangat dik..

image is not available

Sabtu lalu, Perodua Myvi yang dinaiki Attar Azim sekeluarga bertembung dengan sebuah Nissan March sehingga meragut empat nyawa, iaitu bapanya Syukran Jamil Ab Hamid, ibunya, Noor Aishah Razali serta dua orang adiknya iaitu, Ahya Rafiqi dan Lufya Adeena.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)