Hilang fokus tengok Mierul Aiman bersenam

Entertainment
11 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hilang fokus tengok  Mierul Aiman bersenam

MASIH belum reda demam fenomena naskhah Kudrat 1968, nama pelakon Mierul Aiman turut meniti di bibir peminat, seiring populariti Zarif Ghazzi.

Kali ini, bukan babak lakonan menjadi perhatian, sebaliknya penampilan pelakon itu ketika bersiaran langsung dalam media sosial sambil melakukan rutin senaman di gim.

Peluh membasahi tubuh, rambut perang terserlah dan wajah pula elok dipandang. Maka berduyun-duyunlah komen peminat wanita memenuhi ruangan siaran langsung.

Ada memuji ketampanan, tidak kurang pula mengaku hilang fokus melihat Mierul berpeluh selepas bersenam. Diva faham sangat kenapa ruangan komen boleh bertukar menjadi medan pujian.

Namun, di sebalik semua perhatian terhadap rupa paras, Diva lebih tertarik dengan perkembangan lakonan Mierul.

Pada usia masih muda, dia sudah menunjukkan kemampuan membawa pelbagai emosi serta karakter dengan meyakinkan.

Kudrat 1968 pula menjadi antara naskhah memperlihatkan potensinya semakin berkembang. Kalau konsisten begini, tidak mustahil Mierul mampu berdiri sebaris dengan pelakon lelaki generasi terdahulu.

DIVA: Meremang dengar lagu baharu Aina Abdul. Nampaknya sudah bersedia ke pentas Eurovision Asia.

The post Hilang fokus tengok Mierul Aiman bersenam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved