“Macam ‘Leak’ Gambar Bog*l Pelakon” – Evertss Gomes

Entertainment
6 Oct 2026 • 4:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Evertts Gomes tampil menjelaskan sebab dia menegur peminat yang ‘ship’ dirinya dengan pelakon lain termasuk Mierul Aiman.

  • Katanya, perkara itu pada awalnya dianggap sekadar imaginasi peminat tetapi menjadi berlebihan dan tidak terkawal.

  • Evertts turut tidak selesa apabila gambar dirinya dihasilkan menggunakan AI tanpa kebenaran.

  • Dia bimbang imej sedemikian boleh menjejaskan privasi dan menyebabkan pihak lain salah faham terhadap dirinya.

 

Pelakon Evertts Gomes menjelaskan sebab dia tampil bersuara mengenai tindakan segelintir peminat yang ‘ship’ atau memasangkannya dengan pelakon lelaki lain, termasuk Mierul Aiman.

Advertisement

Menurut Evertts, pada awalnya dia menganggap perkara itu sekadar imaginasi peminat dan tidak mengambil serius. Namun, dia mula berasa perlu menegur apabila perkara tersebut semakin berlebihan sehingga berpotensi menimbulkan salah faham.

View this post on Instagram

“Kenapa saya mula bersuara adalah sebab mula-mula nampak benda itu mungkin biasa. Mungkin ia sekadar imaginasi seorang peminat.

“Tapi apabila dah makin ramai buat macam itu dan perkara semakin tidak terkawal, saya rasa macam saya patut tegur benda ini sebelum ia berleluasa makin teruk,” katanya.

Tak Hanya Isu ‘Shipping’, Gambar AI Pun Jadi Perhatian

Evertts berkata, isu berkenaan bukan sekadar budaya ‘shipping’, malah turut melibatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambar dirinya bersama individu lain tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, ada peminat yang menggunakan ChatGPT atau platform AI lain untuk menghasilkan arahan bagi mencipta imej pelakon berpelukan dengan mereka.

“Dan bukan setakat ini sahaja, bukan setakat ‘shipping-shipping’ sahaja. Ada peminat yang tulis dekat ChatGPT atau mana-mana AI prompter untuk prompt pelakon itu peluk dengan mereka.

“That is not nice. Benda itu pun tak elok,” ujarnya.

Finalis peserta Hero Dewi Remaja itu menyifatkan perkara tersebut serius kerana ia membabitkan privasi selain berpotensi menyebabkan orang lain salah faham mengenai dirinya.

View this post on Instagram

“So like, kita sebagai pelakon, kita tengah cuba sedaya upaya untuk bersihkan nama daripada mana-mana benda yang tak elok in public.

“Tapi bila kita buat AI semua itu tanpa izin daripada pelakon, ia umpama kita leak gambar bogel seorang pelakon. Umpama macam itu sebab awak tak minta kebenaran daripada kita. My family doesn’t know pun yang tiba-tiba ada gambar saya berpeluk dengan seorang perempuan ini.

“So risau ada pihak yang salah faham. Itu sahaja,” jelasnya.

Evertts Sebelum Ini Tegur Peminat

Terdahulu, Evertts meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir peminat drama KUDRAT 1968: High Council ‘ship’ atau memasangkannya dengan pelakon lelaki lain, termasuk Mierul Aiman.

Menerusi satu potongan video sesi siaran langsung, Evertts meminta peminat supaya tidak membawa elemen LGBT ke dalam jalan cerita KUDRAT 1968: High Council.

Dia turut menegaskan perkara tersebut membuatkan dirinya dan rakan-rakan pelakon berasa kurang selesa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tya ariffin2026-10-06 15:26:38

"Kau Pun Orang Kenal Sebab Menantu Siti..." - Tya Ariffin Mohon Maaf Jika Pernah Dianggap Sombong, Beri Alasan Rabun Jauh

The post “Macam ‘Leak’ Gambar Bog*l Pelakon” – Evertss Gomes first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved