Hilang Jutaan Pengikut, Banyak Akaun TikTok Rasmi Media Malaysia Kena ‘Banned’ Secara Tiba-Tiba?

LocalTechnology
24 Feb 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekarang ini, kecoh di platform media sosial selepas beberapa akaun TikTok rasmi media di Malaysia telah diharamkan secara tiba-tiba di platform berkenaan.

Banyak akaun TikTok media rasmi Malaysia ‘hilang’?

Difahamkan, banyak akaun media rasmi yang terjejas seperti Majoriti Official, Buletin TV3, Berita Al-Hijrah, Sinar Harian Online dan banyak lagi, di mana kesemua ini mempunyai jutaan pengikut.

image is not available

Biarpun punca sebenar akaun-akaun ini di ‘banned’ belum diketahui, tetapi timbul spekulasi mengatakan barangkali ia berkaitan dengan konten sensitif seperti isu seorang cubaan rogol seorang kanak-kanak di Batang Kali, baru-baru ini.

Harap TikTok beri penjelasan

Susulan ‘hilang’ secara tiba-tiba, timbul persoalan besar tentang sebab disebalik TikTok mengambil tindakan sedemikian dan adakah ia berkaitan dengan kandungan yang dimuat naik di platform tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga berharap agar pihak TikTok mengembalikan semula akaun-akaun media rasmi ini susulan ia mengambil masa yang lama untuk membina jutaan pengikut serta memberi penjelasan jelas mengenai isu ‘banned’ ini.

image is not available 6 days ago

Tular BMW Putih No Plat 'N 3 NEN', Gadis 22 Tahun Didenda Kerana Sengaja Tukar Untuk Konten TikTok