“Hilang malu2 manja” -Hadiri parti bujang, gelagat Watie & rakan2 jadi perhatian

Music
19 Jun 2023 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Majlis pernikahan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah yang bakal berlangsung 23 Jun ini sememangnya dinanti para peminat kerana sudah tidak sabar melihat mereka bergelar pasangan suami isteri.

Menerusi video yang tular di TikTok, Watie dilihat telah dirai oleh rakan-rakannya dengan mengadakan bachelorette party.

Sakan mengilai dengan kawan2

Perkongsian yang dimuat naik semula akaun TikTok dikenali sebagai @astanrxbc8f telah memperlihatkan Watie dan rakan-rakannya bergelak ketawa sambil bergurau di meja makan.

Biasalah kalau dengan kawan2

Walaupun ramai yang berasa perkara tersebut wajar dan tidak berlebihan, namun masih ada yang mengkritik dengan meninggalkan komen negatif menzahirkan rasa kurang senang dengan gelagat Watie dan rakan-rakan.

image is not available

 

“Awal minum air gula”

 

image is not available

 

Biasa tengok malu2 dekat TV

image is not available

 

Mungkin minum air zamzam kot

 

image is not available

Tunjuk bakat menyanyi

Selain dari bergurau senda dan makan bersama rakan-rakan, bakal isteri kepada penyampai radio Suria FM ini turut menunjukkan bakat menyanyi apabila berkaraoke dan terlihat sangat ‘pro’ ketika membawakan lagu penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Sesi banding membanding bermula

Seperti biasa, ada sahaja netizen yang tidak senang melihat Watie bernyanyi dan kerap membandingkannya dengan Allahyarham Siti Sarah walaupun sebelum ini Shuib pernah mengatakan yang arwah ada tempat tersendiri di hatinya.

image is not available

Karakter orang jangan asyik nak dibandingkan

image is not available

“Elok je pegang mikrofon?”

Tak hanya itu, sesetengah pihak turut memerli Watie dengan mengatakan yang dia sudah pandai memegang mikrofon kerana dalam temubual sebelum ini, dia seakan-akan kurang selesa bercakap menggunakan alat pembesar suara terbabit.

 

image is not available

Kenapa pandai berlakon pulak?

image is not available

Kita tak tahu kehidupan orang nanti macam mana

Namun begitu, ada juga yang matang dalam melontarkan kata-kata dengan memaklumkan mungkin dia akan berubah menjadi ibu dan isteri yang lebih baik di masa akan datang apabila berkahwinan nanti serta sentiasa mendoakan usahawan itu terus bahagia bersama keluarga kelak.

 

 

image is not available

keluarga dia okey, netizen yang urus hal orang kenapa?

image is not available

 

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Mohamad akan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jumaat ini.

Walaupun sepakat tidak akan melangsungkan majlis resepsi, mereka tetap membuat beberapa majlis seperti khatam al-Quran dan malam berinai yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu.

Sumber: TikTok @astanrxbc8f