‘Hilang pedoman, budak sekarang ingat jadi samseng ‘cool’ ke?’

6 Oct 2026 • 12:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hilang pedoman, budak sekarang ingat jadi samseng ‘cool’ ke?’

PETALING JAYA – Pelakon Alif Satar meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir remaja hari ini yang tergamak melakukan jenayah sehingga meragut nyawa orang lain.

Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, menyifatkan tindakan yang dilakukan golongan muda masa kini sebagai satu petanda bahawa sebahagian masyarakat hilang pedoman hidup.

“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang. Hilang pedoman.

“Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ini ‘cool’ kot?,” katanya dalam Threads.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Cukup Indah itu melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa keluarga Allahyarham Irene Sofiya yang meninggal dunia yang dipercayai dibunuh di sekolah.

“Sedih saya tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ini.

“Semoga Allah permudahkan urusan dia dan aku yakin pembunuh akan mendapat balasan di dunia dan akhirat. Keadilan buat Irene Sofiya,” ujarnya.

Sebelum ini, Irene, 16, ditemukan meninggal dunia dan didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

Susulan kejadian tersebut, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang daripada mereka direman selama enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hilang pedoman, budak sekarang ingat jadi samseng ‘cool’ ke?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved