Hilang sabar cari surat tak jumpa, Ustazah didakwa lempang budak 7 tahun

Family & Parenting
21 Sep 2023 • 10:03 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang guru digelar ustazah didakwa ‘lempang’ budak berusia tujuh tahun hanya kerana hilang sabar anak muridnya tidak jumpa surat ketika mencari di dalam beg sekolah.

Ustazah lempang budak 7 tahun

Menurut perkongsian sepupu budak tujuh tahun itu, keluarganya kecewa dengan tindakan ustazah ‘lempang’ di pipi kiri kanak-kanak itu dalam satu kejadian di sebuah sekolah terletak di Klang, Isnin lalu.

Mereka berkata, tindakan ‘lempang’ ustazah berkenaan terhadapnya adalah tidak munasabah sehingga mendatangkan kemudaratan.

“Sepupu saya umur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk guru lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah.
“Kejadian tersebut berlaku depan orang ramai, tetapi yang lain buat tidak tahu saja. Lepas itu, tak ada yang tanya budak itu okay ke tidak lepas kena lempang,”ciapnya.

image is not available

Pipi bengkak, dah buat laporan polis

Tambahnya, ibu mangsa terus membawa mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan awal kerana bimbang akan kesan sampingan yang akan berlaku.

“Dia baru 7 tahun. Budak tu berkulit putih, memang nampak muka berbekas kena lempang. Selepas itu, ibunya bawa pergi ke klinik. Doktor pun cakap ini lempang ‘fresh’ lagi siap bengkak,”maklumnya.
“Pemeriksaan mendapati bahagian pipi kirinya (mangsa) bengkak, merah dan sakit,”menurut surat doktor.

Malah, mereka juga turut membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada Selasa.

image is not available

Guru lain terkejut tengok kesan ‘lempang’ budak 7 tahun

Dalam pada itu, dia turut berkongsi tangkapan layar WhatsApp si bapa membuat aduan mengenai anaknya dilempang ustazah berkenaan.

Guru berkenaan menyatakan dia sendiri maklum mengenai insiden berkenaan sebelum meminta gambar yang menunjukkan kesan ‘lempang’.

image is not available

Difahamkan, kes berkenaan telah pun mendapat perhatian guru besar selepas ia tular di media sosial.

image is not available

Sumber: X ndfna