Hilang Sejak 24 Ogos, Polis Mohon Bantuan Kesan Enrique Bong Kai Cen

25 Aug 2025 • 4:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hilang Sejak 24 Ogos, Polis Mohon Bantuan Kesan Enrique Bong Kai Cen

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina yang dilapor hilang sejak semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Polis IPD Padawan, Enrique Bong Kai Cen yang berusia 6 tahun dengan lokasi terakhirnya di Jalan Kim Chu Sin Batu Kawa, Kuching.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak yang menghidap autisme kira-kira 6.17 petang, pada Ahad.

“Penampilan terakhirnya ialah t-shirt putih tanpa colar lambang hadapan matahari, berseluar pendek warna coklat dan berselipar,” kata Irwan lagi.

Susulan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan kanak-kanak tersebut untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.

Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kanak-kanak ini, boleh hubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sarjan Alex Daniel di talian 011-18816338.

Lain daripada itu, orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

image is not available