Kardinal Zuppi Ambil Masa 7 Jam Baca Semua Nama Kanak-kanak Palestin Yang Terkorban

Entertainment
24 Aug 2025 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjelang sambutan Perayaan Assumption pada 14 Ogos lalu, Kardinal Matteo Zuppi, Uskup Agung Bologna merangkap Presiden Persidangan Uskup Itali, memimpin vigil doa di Monte Sole di Marzabotto sebagai memperingati setiap kanak-kanak yang terkorban dalam konflik Israel-Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Upacara penuh hening itu disertai puluhan penganut, dengan bacaan selama tujuh jam menyebut satu persatu nama mangsa kanak-kanak, baik dari Israel mahupun Palestin.

Upacara itu berlangsung di runtuhan Gereja Casaglia, lokasi bersejarah yang pernah menjadi saksi pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi pada 1944 melibatkan lebih 770 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

image is not available

Bacaan doa dimulakan dengan menyebut nama serta usia 16 kanak-kanak Israel yang terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Seterusnya, nama 12,211 kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat operasi ketenteraan Israel di Gaza sehingga 25 Julai 2025 turut dibaca.

Senarai nama mangsa yang panjang itu meliputi 469 halaman, dengan keseluruhan bacaan memakan masa lebih tujuh jam bermula pada waktu petang hingga lewat malam.

Upacara tersebut mencerminkan kesungguhan penganjur untuk memberi suara kepada mangsa yang tidak lagi mampu bersuara.

image is not available

Vigil doa di Monte Sole ini turut dilihat sebagai simbol seruan damai, mengingatkan dunia bahawa penderitaan kanak-kanak di medan konflik tidak seharusnya dipandang ringan dan perlunya usaha lebih gigih bagi menghentikan peperangan.

Sumber: CNBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article