Hilang sejak Ahad, di mana Areen Melisha?

8 Jul 2026 • 12:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang sejak Ahad, di mana Areen Melisha?
Areen Melisha Abdullah

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Areen Melisha Abdullah pada jam 6.34 petang, Selasa.

"Remaja berkenaan dilaporkan hilang jam 6 petang Ahad selepas kali terakhir dilihat berhampiran sebuah apartmen di Sungai Chua di sini.

"Remaja terbabit mempunyai ketinggian kira-kira 138 sentimeter dan berat 42 kilogram, kali terakhir dia dilihat memakai baju kemeja T lengan panjang berwarna kelabu, seluar slack hitam serta tudung merah jambu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved