Usah buat spekulasi kes pelajar ditikam - Polis

6 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Usah buat spekulasi kes pelajar ditikam - Polis
Laporan Sinar Harian mengenai pelajar perempuan kena tikam di sekolah. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal

BANTING - Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu siasatan berhubung kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cedera ditikam di sebuah sekolah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk salurkan maklumat.

Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222.

"Polis menerima panggilan kira-kira jam 9.50 pagi memaklumkan seorang pelajar cedera dalam kawasan sekolah.

"Pihak IPD Kuala Langat telah mengambil tindakan segera ke tempat kejadian untuk siasatan.

"Siasatan mendapati pelajar terbabit cedera ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelajar perempuan juga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dam sedang dirawat di Hospital Banting.

Katanya, suspek juga telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Media sebelum itu melaporkan mangsa berusia 15 tahun mengalami cedera di badan dan bahu selepas ditikam dalam kejadian terbabit.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 15 tahun, dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Sebelum kejadian, suspek yang memakai baju T warna hitam dilaporkan memasuki kawasan sekolah menerusi pintu masuk utama.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved