Hilang sejak Isnin, di mana Nurul Fatihah?

18 Jul 2024 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.

PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu, jam 8.40 malam.

Beliau berkata, kali terakhir gadis tersebut berada di rumah pada Isnin, jam 5.30 petang di alamat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana, di sini.

"Remaja perempuan ini mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berkulit hitam manis, anak mata berwarna coklat serta bibir nipis.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved