Remaja Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Nurul Fatihah

18 Jul 2024 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Remaja Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Nurul Fatihah

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bernama Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubungan kehilangan itu pada Rabu, jam 8.40 malam.

Menurut beliau, terakhir kali Nurul Fatihah dilihat di rumahnya pada Isnin, jam 5.30 petang, di alamat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana.

“Remaja perempuan ini mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berkulit hitam manis, anak mata berwarna coklat serta bibir nipis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang – KPN

Baru-baru ini, semakin banyak kes kehilangan dilaporkan berlaku.

Justeru itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga atau kenalan.

Menurut beliau, sekiranya sudah melakukan carian terhadap individu yang hilang dan telah cuba menghubungi mereka tetapi gagal, orang awam boleh terus membuat laporan di balai polis.

Beliau berkata, ini adalah sebagai langkah awal untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Tambah beliau, beliau turut menasihatkan masyarakat agar terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian