Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat 

23 Jul 2024 • 12:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengesahkan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang pada Sabtu telah diselamatkan sekitar jam 4 pagi di sebuah premis hotel murah di Batang Kali.

Dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebook, beliau berkata mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Manakala seorang suspek yang turut berada di lokasi penemuan tersebut telah dibawa ke Johor untuk siasatan.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun dan tiada hubungan dengan mangsa,” katanya.

Menurutnya, semalam dua lelaki dan dua wanita juga telah ditangkap berhubung kes terbabit.

“Motif penculikan masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media tersebut.

Kesemua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes terbabit termasuk hasil daripada maklumat orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan penemuan kanak-kanak terbabit.

Terdahulu, mangsa telah dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Kanak-kanak itu disedari hilang oleh bapanya sekitar jam 8.30 malam.

Maklumat lanjut akan menyusul.