Hilang Sejak Selasa, Syakir Ditemui Dalam Keadaan Selamat

19 Jan 2024 • 10:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hilang Sejak Selasa, Syakir Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Lelaki yang dilapor hilang sejak Selasa lepas, Muhammad Syakir berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Berita gembira itu dimaklumkan isterinya, Ana Suriana menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, kira-kira 9.55 malam tadi.

“Salam semua. Alhamdulillah suami saya, Muhammad Syakir sudah dijumpai. Suami saya dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, wanita tersebut turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan agar urusan pencarian suaminya dipermudahkan.

“Dengan rendah diri saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pertolongan dan doa yang baik-baik.

“Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikkan kalian. Terima kasih sangat-sangat saya hargai,” ujar Ana dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Syakir tidak pulang ke rumah selepas keluar dari tempat kerjanya pada 16 Januari lepas.

Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi menerusi telefon pintarnya.

Susulan it, Ana Suriana kemudian membuat hebahan menerusi laman Facebook pada Khamis yang meminta orang ramai membantu mengesan keberadaan suaminya.

Menurut Ana, pihaknya turut membuat laporan polis berhubung kehilangan Syakir.

Sumber: Ana Suriana via Facebook