Hilang Sejak Semalam, Waris Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Warga Emas Dipercayai Hilang

22 Oct 2022 • 7:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang warga emas yang berusia 60 tahun didapati hilang semasa sedang keluar dari rumah. Individu tersebut bernama Jamaluddin bin Abu dan menetap di Jalan Hamzah, Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Susulan itu, ahli keluarganya memohon bantuan orang ramai untuk menghubungi mereka sekiranya menemui atau mengetahui keberadaan Encik Jamaluddin.

Bagi ciri-ciri fizikal, Encik Jamaluddin memiliki ketinggian kira-kira 5 kaki empat inci. Selain itu, Encik Jamaluddin memakai topi hitam dan kemeja lengan panjang yang corak petak berwarna kelabu dan biru ketika dilaporkan hilang.

image is not available

Encik Jamaluddin juga mengenakan seluar panjang berwarna biru dan memakai kasut hitam, seperti yang tertera dalam gambar yang dilampirkan. Turut bersamanya juga adalah sebuah beg sandang berwarna hitam.

Untuk makluman, individu ini kali terakhir dikesan pada 8.25 pagi, pada Jumaat (21 Oktober 2022) di tempat tinggalnya.

Jika anda menjumpai insan ini ataupun mempunyai maklumat yang dapat membantu pencarian, sila hubungi nombor telefon tertera: (i) +60 176727204 Ejam, (ii) +60172771719 Ain, (iii) +60172719212 Aini dan (iv) +60143284742 Sara. Segala maklum balas daripada pihak anda, amatlah dihargai.