Hilang Sejak Seminggu Lalu, Pemandu E-Hailing Ditemui Selamat Di Klang

20 Jul 2024 • 9:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu telah ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan fizikal oleh pihak polis di tepi Jalan Pandamaran, Klang, Selangor petang semalam pada 19 Julai.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, Syahrul Asyraf Dahlan menghilangkan diri kerana mengalami masalah kewangan.

Pihak polis mendapati bahawa berikutan mengalami tekanan akibat masalah itu, dia tidak memaklumkan kepada ahli keluarganya tentang keberadaannya.

image is not available

Terdahulu, pemandu e-hailing berusia 33 tahun itu telah dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu apabila dia gagal dihubungi ahli keluarga termasuk isterinya.

Pada ketika itu, kali terakhir komunikasinya dengan keluarganya adalah apabila dia memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Alhamdulillah, akhirnya telah ditemui dalam keadaan selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Semoga semuanya baik-baik saja.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.