Hilang Semalaman, Remaja Perempuan Rupanya Lari Ke Rumah Kenalan Lelaki Di Kelantan

Entertainment
1 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang remaja tingkatan 5 dilaporkan hilang dari rumahnya yang terletak di Taman College Height, Sikamat, Seremban.

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Farah Diana itu dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya tengah malam kelmarin sebelum ketiadaannya disedari ibunya jam 7 pagi semalam.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memberitahu bahawa dia telah dijumpai dan meminta ahli keluarga untuk menjemputnya.

image is not available

“Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemui hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.

Mangsa ditemui dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalan lelakinya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.

Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar jam 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada jam 07.10 pagi,” katanya.

Sebelum ini, ibu kepada mangsa, Nor Akmar Hariri berkata, pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah itu menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah serta bekas alat solek.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.