Hilang Sepasang Tangan Akibat Kemalangan, Pelukis Kudung ‘Terima’ Tangan Baru

7 Mar 2024 • 11:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelukis yang kehilangan kedua-dua belah tangan dalam satu kemalangan tragis 24 tahun lalu boleh kembali melukis tidak lama lagi selepas sepasukan doktor bedah di Delhi berjaya melakukan pembedahan pemindahan anggota tersebut baru-baru ini.

Lelaki berusia 45 tahun berkenaan menerima tangan tersebut daripada seorang penderma organ wanita yang turut memberi manfaat dan mengubah kehidupan 4 orang lain.

Pembedahan tersebut merupakan kejayaan pembedahan pemindahan sepasang tangan yang pertama di Delhi yang mana pelukis berkenaan akan dibenarkan pulang ke rumah dari Hospital Sir Ganga Ram tidak lama lagi.

image is not available

Menurut laporan, lelaki berkenaan kehilangan kedua-dua belah tangan dalam satu kemalangan kereta api pada tahun 2020 dan hampir menemui jalan buntu kerana dia datang dari keluarga yang tidak bernasib baik.

Pun begitu, dia menerima perkhabaran gembira apabila Meena Mehta, seorang wanita yang merupakan bekas pegawai sebuah sekolah di Delhi disahkan ‘mati otak’ dan telah berikrar sebagai penderma organ selepas kematiannya.

Menurut media tempatan, buah pinggang, hati dan kornea mata wanita tersebut telah didermakan kepada 3 individu berlainan dan telah memberikan mereka sinar baharu manakala tangannya di’berikan’ kepada pelukis berkenaan.

image is not available

Semua ini dijayakan oleh kerja keras sepasukan doktor bedah yang mengambil masa lebih 12 jam untuk menyambungkan arteri, otot dan juga saraf tangan penderma kepada penerima.

Pembedahan yang berjaya tersebut kemudiannya ‘diraikan’ dengan sekeping gambar yang dimuat naik oleh hospital terbabit dengan lelaki tersebut menunjukkan isyarat tangan menggunakan kedua-dua ibu jarinya.

Sumber : NDTV

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.