Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu adalah sebahagian daripada momentum kebangkitan rakyat untuk mendesak pihak berkuasa menoktahkan rasuah. Gambar kecil: Muhammad Faisal. - FOTO SINAR HARIAN/MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI

SHAH ALAM - Himpunan lebih besar akan digerakkan rakyat sekiranya tiada reformasi struktural dilaksanakan kerajaan.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu sedar bahawa Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu adalah sebahagian daripada momentum kebangkitan rakyat untuk mendesak pihak berkuasa menoktahkan rasuah.

Menurutnya, Kerajaan Madani harus bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

“Kita semua tahu skandal rasuah terbesar iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjatuhkan maruah negara, tetapi sehingga hari ini tidak ada reformasi struktural untuk memastikan skandal salah guna kuasa seumpama itu tidak berulang.

“Reformasi yang disebut telah dinantikan rakyat sekian lama. Apa yang menjadi halangan untuk ia dibahaskan dan dilaksanakan? Kita tidak mahu rakyat kecewa kerana kegagalan usaha reformasi ini dilaksanakan,” katanya.

Tambah Muhammad Faisal, sasaran utama Bersih adalah untuk membawa suara rakyat Malaysia yang bencikan rasuah dan menuntut tahun 2025 sebagai permulaan kepada usaha menoktahkan jenayah itu.

Bersih dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada peserta terlibat dalam himpunan pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved