Pakatan Harapan Sabah komited perkukuh kebersamaan, hak rakyat

LocalPolitics
26 Jan 2025 • 2:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Yayasan Dalimpos

KENINGAU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick berkata, gabungan itu komited memperkukuhkan kebersamaan rakyat pelbagai etnik di negeri ini melalui penganjuran pelbagai sambutan perayaan.

Beliau berkata pimpinan PH Sabah dan Kerajaan Madani juga akan terus memberi jaminan hak setiap rakyat di negara ini dipelihara, seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya amat yakin sambutan seumpama ini merupakan sumbangan Pakatan Harapan Sabah dalam usaha untuk memupuk kebersamaan rakyat pelbagai etnik,” katanya selepas selepas menyempurnakan Sambutan Tahun Baharu dan Rumah Terbuka Hari Natal PH Sabah, di Dewan Pasisimpungan Keningau, di sini, Sabtu.

“Selain Sambutan Tahun Baharu Cina, kita juga akan teruskan sambutan seumpama ini untuk meraih kebersamaan etnik-etnik dan agama lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita menganjurkan sambutan seperti ini untuk memberi penghormatan kepada hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan dalam tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Mengenai tuntutan MA63, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, daripada 21 tuntutan itu, 11 tuntutan telah dilaksanakan sepenuhnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Tahun lepas, terutamanya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu, disahkan 11 daripada 21 tuntutan berkaitan MA63 dilaksanakan sepenuhnya.

“Empat daripada 11 tuntutan itu diserahkan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak semasa kerajaan sebelum ini, sementara tujuh lagi dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Madani,” katanya..

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau menekankan lebih banyak tuntutan MA63 dipersetujui, dilaksanakan dan diturunkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Ewon, yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berkata, perkara lain yang masih dibincangkan akan diteruskan perundingannya.

“Perkara lain akan diteruskan perundingannya antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dengan kerajaan persekutuan melalui platform sedia ada, termasuk MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal.

“PH Sabah akan terus mengambil bahagian secara aktif dalam kesemua platform itu dan melalui penglibatan saya di kabinet dan juga Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63,” katanya.

Beliau menegaskan PH Sabah akan terus menyuarakan pandangan dan input bagi memastikan setiap perbincangan berkaitan MA63 memberi manfaat kepada rakyat Sabah secara keseluruhannya.