Himpunan RXZ Members 7.0: PDRM Tawar Diskaun Saman Sampai 50%

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk RXZ Members 7.0!

Ini kerana polis menawarkan potongan saman sebanyak 50 peratus sempena program Himpunan RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, Sabtu ini.

image is not available

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, orang ramai yang memiliki saman boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang ditempatkan di lokasi program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, potongan diskaun hanya membabitkan kompaun semua jenis kesalahan trafik kecuali 10 kategori saman yang berkaitan kemalangan; saman tidak boleh dikompaun (N/C); saman Op Selamat; kes dalam perbicaraan mahkamah dan kesalahan berkaitan kenderaan berat.

"Lain-lain saman tidak dapat diskaun adalah kes kesalahan potong secara bahaya (potong Q), menggunakan lorong kecemasan; tidak mematuhi isyarat lampu merah; pengubahsuaian ekzos kenderaan dan saman memotong di garisan berkembar," katanya.