Himpunan Selamatkan Malaysia dijangka bergerak ke IPD Dang Wangi

Politics
16 Sep 2023 • 1:40 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Himpunan Selamatkan Malaysia dijangka bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Kerajaan Perpaduan.

Menurut sumber daripada sekretariat perhimpunan, individu yang akan membuat laporan itu kemungkinan pemimpin tertinggi parti dan badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, laporan itu bagi membolehkan pihak berwajib dapat meneliti semula salah laku kerajaan Persekutuan dalam melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan AkalBudi.

“Kemungkinan selepas kita mula (berarak) dari Masjid Jamek Kampung Baru ke pusat membeli-belah dan Dataran Merdeka, baru kita akan beramai-ramai bergerak menuju ke IPD Dang Wangi.

“Saya tidak pasti siapa pemimpin yang akan buat laporan polis nanti, tapi ia membabitkan pemimpin tertinggi PN.

“Mereka dilihat sudah berpaling arah dalam melawan rasuah dan integriti. Ini perlu dihentikan…,” katanya ketika ditemui Scoop di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Berdasarkan pemerhatian Scoop sekitar jam 1.10 petang, peserta dilihat masih tidak mencapai jumlah peserta seperti diharapkan sekretariat himpunan itu, apabila hanya kira-kira 200 individu hadir. - 16 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved