Peserta mula bergerak ke IPD, polis beri kerjasama dan turut kawal lalu lintas

LocalPolitics
16 Sep 2023 • 3:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Gerakan Himpunan Selamatkan Malaysia berjalan secara aman dengan para peserta kini sedang berarak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dianggarkan kira-kira 700 orang sudah mula bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo, sebelum ke IPD untuk membuat laporan polis.

Mereka yang berpakaian serba putih dengan membawa sepanduk dan plakad
‘Dakwa Zahid Selamatkan Malaysia’ mahu Kerajaan Perpaduan meneliti semula keputusan membebas tanpa melepaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akal Budi.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir pada himpunan berkenaan adalah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin serta bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Sepanjang pergerakan itu, mereka melaungkan Takbir dan dijangka tiba di IPD Dang Wangi pada 4 petang.

Sementara itu, polis memberikan kerjasama dan turut mengawal lalu lintas. – 16 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved