Himpunan Sumud Flotilla: Adakan Protes ‘Duduk Bantah’, 2 Peserta Ditahan PDRM

Entertainment
2 Oct 2025 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Orang ramai sudah mula berhimpun menyokong misi Global Sumud Flotilla (GSF) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Namun begitu, dua peserta himpunan tersebut dilaporkan ditahan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), menurut Astro Awani.

Katanya, kedua-duanya ditahan sekitar jam 1 tengah hari selepas peserta mengadakan protes ‘duduk bantah’ yang turut menyebabkan Jalan Tun Razak terpaksa ditutup hampir lima minit.

Susulan penahanan itu, seorang peserta dibawa ke IPD Wangsa Maju manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti lokasi dia dibawa.

image is not available

Bagaimanapun, pihak PDRM yang membuat kawalan berjaya mengawal situasi dan himpunan juga kembali tenang.

Himpunan Sumud Flotilla diadakan pada 4 petang ini sebagai bantahan tindakan rejim zionis memintas konvoi GSF pada tengah malam tadi di perairan antarabangsa yang sedang menuju ke Gaza.

Sementara itu, beberapa kumpulan yang hadir ke himpunan itu membawa sepanduk dan plakad bertulis ‘Stop The Genocide’ dan ‘Israel Amerika Stop Starving Gaza’.

Sumber: Astro Awani

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.