Pempengaruh Indonesia Baca Bismillah Sebelum Jamah Kulit Babi Dipenjara Sebab Persenda Islam

Entertainment
20 Sep 2023 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pempengaruh wanita dari Indonesia telah dipenjarakan selama 2 tahun di atas tindakannya yang agak keterlaluan mempersendakan agama Islam.

Mahkamah di Palembang, Sumatera Barat mendapati bahawa pempengaruh, Lina Mukherjee bersalah semalam kerana menyebarkan maklumat bertujuan mencetuskan kebencian agama terhadap individu dan kumpulan agama tertentu.

Menerusi Sinar Harian, tindakan tegas itu dikenakan ke atas Lina kerana video provokasi yang dibuat olehnya. Dalam satu video tular, Lina membaca Bismillah sebelum menjamah hidangan kulit babi bagi meraih jumlah tontonan yang tinggi.

image is not available

Tertuduh mengaku yang dirinya sebagai individu beragama Islam ada menerima banyak kritikan dari pelbagai pihak, termasuk badan ulama tertinggi, Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang lantang menyifatkan perbuatannya sebagai menghina agama.

Selain dipenjarakan, Lina juga didenda 250 juta rupiah (RM76,175) dan tempoh hukuman penjara boleh dilanjutkan sampai 3 bulan jika gagal membuat sebarang bayaran.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.