Hina Islam, Allah dan Nabi, lelaki dicekup polis di Iskandar Puteri

25 Jul 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hina Islam, Allah dan Nabi, lelaki dicekup polis di Iskandar Puteri

JOHOR BAHRU – Padah membuat hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam, seorang lelaki tempatan berjaya ditahan polis di sekitar Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

​Suspek berusia 37 tahun itu dicekup kira-kira pukul 1.00 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

​Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada semalam mengenai satu hantaran tular di media sosial Facebook.

​”Hantaran yang dikongsi pemilik akaun ‘Fadzil Zahari’ itu mengandungi beberapa tangkap layar daripada pemilik akaun ‘Parthiban Ragu’ yang memaparkan ungkapan jelik dan lucah menghina agama Islam, Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW.

​”Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

​Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula 25 Julai hingga 28 Julai 2026 selepas perintah tahanan dikeluarkan oleh Mahkamah Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

The post Hina Islam, Allah dan Nabi, lelaki dicekup polis di Iskandar Puteri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved