Hina Kematian Penuntut UPSI, Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis memaklumkan masih menunggu laporan perubatan berhubung siasatan kes seorang guru menghina mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, minggu lalu.

Polis tunggu laporan perubatan

image is not available

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memberitahu, kertas siasatan akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan sebaik sahaja laporan tersebut diterima.

Menurut beliau buat masa ini, rakaman guru itu telah diambil dan telefon bimbitnya turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan kes ini hampir selesai dan kita hanya menunggu laporan perubatan dari Hospital Seri Manjung sebelum kertas siasatan itu dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“(Laporan perubatan) itu kemungkinan besar melibatkan aspek psikiatri atau lebih kepada keadaan emosi dan tingkah laku, sebab itu dia bertindak seperti yang dilakukan,” kata Hisam di Ipoh, hari ini.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Untuk rekod, pada Isnin lalu sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak merempuh kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, dan insiden menyayat hati itu telah meragut sebanyak 15 nyawa keseluruhannya.

Sumber: Kosmo (Asliza Musa)