Hina nabi: Polis lengkap kertas siasatan, hantar kepada AGC pada Selasa

LocalPolitics
30 Nov 2024 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berhubung siasatan pensyarah didakwa hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebaik sahaja kertas siasatan itu dilengkapkan, kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa.

"Sehingga hari ini (Sabtu), terdapat sembilan laporan diterima polis berkaitan fakta isu ini.

"Selain itu, lima keterangan telah diambil daripada individu yang terlibat secara langsung dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu

Sinar Harian sebelum ini melaporkan PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu selepas pengadu memaklumkan terkesan dengan sebuah hantaran di laman Facebook menyatakan seorang pensyarah dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW di dalam program yang dikendalikan oleh individu berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved