Siasatan kes Faisal Halim masih diteruskan: KPN

23 Nov 2024 • 2:51 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata polis masih giat menjalankan siasatan bagi mencari petunjuk baharu kes tersebut dan sehingga kini tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan, manakala 23 individu telah diambil keterangan.

“Hasil analisis forensik terhadap telefon bimbit mereka mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka mengaitkan mereka terlibat dalam kes itu. Pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka juga tidak menemukan sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati nombor plat motosikal yang digunakan suspek dalam kes berkenaan adalah palsu.

Pada 5 Mei lepas Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. - 23 November, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved