Hina Penjual Teh Ais Di Khalayak Ramai, Pendakwah Datang Rumah Mohon Maaf

LocalEntertainment
4 Dec 2024 • 3:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada peniaga itu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, pendakwah yang turut dikenali sebagai Gus Miftah berkata dia memohon maaf atas kekhilafannya disamping menjelaskan dia memang suka bergurau.

Pendakwah mohon maaf hina penjual teh

@4lfkri3

Mifta maulana Habiburrahman alias gus miftah meminta maaf setelah membuat gaduh terkait vidio singkat menunjukkan penjual es dalam sebuah kajian #gusmiftah #islamic_video #foryoupage #fypdongggggggg

♬ suara asli – Rey – Rey

“Atas guraun itu, saya memohon maaf secara langsung dan saya berharap, pintu maaf akan dibukakan untuk saya.

“Saya juga minta maaf kepada kepada masyarakat atas salah faham ini, minta maaf kepada yang rasa terganggu dengan gurauan saya,” katanya dalam video yang dimuat naik semula di TikTok.

Katanya lagi, kejadian itu menjadi pengajaran buat dirinya dan dia akan lebih berhati-hati di masa hadapan dalam setiap percakapannya di depan masyarakat umum.

Dalam pada itu, Gus Miftah datang ke kediaman penjual air teh yang bernama Pak Suhanji itu di Dusun Gesari, Desa Banyusari, Kecamatan Grabag, Kabupaten Magelang.

Sebaik tiba di kediaman penjual ais teh itu, Gus Miftah terus dipeluk erat oleh Pak Suhanji disamping peniaga itu sempat menitikkan air mata sebelum masuk ke dalam rumah.

Sementara itu, Pak Suhanji tidak menyangka perkara tersebut akan mendapat perhatian ramai sehingga menyebabkan pendakwah itu datang ke rumahnya untuk memohon maaf.

Bagaimanapun, Pak Suhanji telah menerima permohonan maaf daripada Gus Miftah dan enggan memanjangkan persengketaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak menerima permohonan maaf tersebut dan menyifatkannya sebagai jalan untuk Gus Miftah menyelamatkan diri.

Adakah netizen memaafkan dengan video ini?

image is not available

Entah ikhlas atau tidak, mesti menyelamatkan diri

image is not available

Sakit hati tetap melekat…

image is not available

Datang sendiri2 lah, tak perlu rombongan

image is not available

Terdahulu, tular video memaparkan Gus Miftah sedang berada di sebuah majlis keagamaan dan sedang menyampaikan ceramah kepada khalayak ramai.

Pak Suhanji pula bekerja sebagai penjual teh ais di majlis-majlis keagamaan dan kebetulan pada hari itu dia berjualan di majlis ceramah Gus Miftah.

image is not available

“Air teh kamu masih banyak? Ya jual di sana, bod*h. Jual dulu, kalau tak laku, itu sudah takdir,” katanya.

Walaupun gurauannya itu disambut tawa oleh penceramah-penceramah lain di majlis tersebut, namun Pak Suhanji jelas-jelas kelihatan kecewa dan sebak.

Pak Suhanji yang sedang menjunjung sebuah sebuah dulang yang berisi teh ais dan beberapa botol minuman kecil di tengah peserta majlis itu kelihatan sedang menahan air matanya.

Susulan tularnya video tersebut, ramai dermawan yang bermurah hati memberikan bantuan termasuk tajaan umrah kepada Pak Suhanji.