
Tular di media sosial rakaman video memaparkan pendakwah terkenal di Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman menghina seorang penjual teh di khalayak ramai.
Ketika itu, penjual teh menjunjung dulang berisi jualan sementara Miftah Maulana berada di atas pentas. Dengan menggunakan mikrofon, pendakwah berkenaan mempersendakan air teh yang masih banyak tidak terjual.
“Teh ais masih banyak? Ya jual sana, goblok” – Pendakwah
Ini versi panjangnya #gusmiftah #esteh #viral
Pendakwah mengherdik penjual teh itu sebagai ‘bodoh’ lalu memintanya berusaha menjualnya sehingga habis.
Jika jualan tidak habis, barulah dianggap sebagai takdir. Kata-kata yang kasar itu kemudian disambut gelak tawa oleh rakan-rakan penceramah lain yang berada di pentas.
Mohon maaf, hanya bergurau
Terbaru, beliau berkunjung ke rumah penjual teh dan memohon maaf di atas ketelanjuran kata-katanya. Jelasnya, dia hanya bergurau kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.
Miftah Maulana Habiburrahman atau yang karib disapa Gus Miftah mendatangi penjual es teh. Miftah meminta maaf, meski ia mengaku niatnya saat itu hanya guyon.
Di ruangan komen, netizen menganggap pendakwah itu memohon maaf kerana takut kehilangan pekerjaan.
Netizen juga mengugut mahu boikot disebabkan sikap angkuh pendakwah berkenaan.
Di sebalik penghinaan itu, penjual teh menerima pelbagai tawaran, termasuk peluang menunaikan umrah secara percuma.
#OhmediaNasihat
Kata-kata adalah cerminan peribadi. Jangan sesekali merendahkan pekerjaan orang lain yang mencari rezeki halal. Sebagai masyarakat, kita perlu sentiasa memberi sokongan dan menghormati orang lain tanpa mengira statusnya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian | TikTok


