Hina Perdana Menteri: AMK Perak buat laporan polis

21 Sep 2023 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AMK Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Anwar menerusi Facebook. - Foto Facebook AMK Perak

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam terhadap pemilik akaun bernama "Mubin Salleh".

"Saya yakin kenyataan ini berunsur fitnah yang serius dan mengaibkan serta tuduhan yang melampau dibuat pemilik akaun itu terhadap Perdana Menteri. Hantaran itu juga mendapat banyak reaksi dan komen jelik.

"Jadi, laporan ini dibuat supaya polis melakukan siasatan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat pada Selasa lepas terhadap seorang pengguna media sosial TikTok sweet_purple1404 yang memuat naik video berdurasi 14 saat memaparkan gambar Anwar dengan tulisan "Innalillah".

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima kedua-dua laporan berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved