Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa hampanya apabila anaknya pulang dengan tangisan yang teresak-esak.
Segalanya bermula apabila kotak pensel milik kanak-kanak tersebut didakwa telah dicuri oleh seorang ‘kakak senior’, sehingga menyebabkan mangsa merasa trauma dan takut untuk menjejakkan kaki ke sekolah.
Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” – Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen
Artikel berkaitan: DBKL Sita Barangan Penjaja Tanpa Lesen Milik Warga Asing Yang Menjaja Depan Sekolah
Menurut luahan si ibu, kejadian itu benar-benar memberi kesan mendalam memandangkan anaknya itu tidak pernah menangis untuk ke sekolah sejak mula belajar pada usia 5 tahun lagi. Namun, dek kerana perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan, kanak-kanak itu tiba-tiba menjadi tawar hati untuk meneruskan sesi persekolahan pada keesokan harinya, sehinggakan seorang ustazah yang baik hati terpaksa turun padang untuk memujuknya kembali ke kelas.
@chocmocha86 hari ke 3 sekolah tahun 2026, pensil case dicuri KAKAK SENIOR, hinggakan adik takot nak ke sekolah… siapalah KAKAK SENIOR tu yang buat anak mama nie, kite dia hari-hari ya adik ke esokkan hari tak mau masuk ke sekolah, nasib ustazah comey datang pujuk adik masuk ke sekolah… adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak die bersekolah pada usia 5 tahun. pakai tahun lepas punya jew laaa adik syukur dengan ape yang ada. #kakaksenior #kualalumpur #ampang #cheras
“Siapalah kakak senior tu yang buat anak mama ni. Kita doa hari-hari ya adik, adik tak pernah menangis pergi sekolah sejak dia bersekolah pada usia 5 tahun,” tulisnya.
Lebih menyedihkan, si ibu memberitahu bahawa anaknya itu hanya menggunakan barang persekolahan tahun lepas dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, namun tetap menjadi mangsa individu yang lebih dewasa.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap pihak sekolah dapat memantau isu buli atau kecurian seperti ini agar tidak terus mematahkan semangat murid-murid lain untuk menuntut ilmu.

Walaupun hanya sebuah kotak pensel, namun kesan trauma kepada mental kanak-kanak yang baru memulakan sesi persekolahan tahun 2026 ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua pihak.
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
