Hisyam Dihalang Tarik Diri Wakili Najib Selepas Gagal Tangguh Rayuan

Politics
18 Aug 2022 • 10:48 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hisyam Teh Poh Teik - Gambar oleh Azim Rahman

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan peguam baharu Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik, menarik diri dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Dalam percubaan terdesak, Hisyam sekali lagi merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk memberikan penangguhan atau beliau tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada kes itu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menolak permintaan tersebut dengan berkata, pihak mahkamah telah memberikan alasan yang luas mengenai isu itu kelmarin dan Hisyam perlu meneruskan penghujahan rayuan terakhir.

“Kami sudah memberikan pertimbangan luas terhadap perkara ini.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kemampuan anda dan anda harus meneruskannya," katanya.

Bagaimanapun, hakim mengarahkan perbicaraan dihentikan seketika bagi memutuskan permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili mantan perdana menteri itu.  - The Vibes, 18 Ogos 2022

 BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL