HLB jangka KDNK 2027 tumbuh 5.0%, disokong pelancongan dan subsidi bersasar

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: HLB jangka KDNK 2027 tumbuh 5.0%, disokong pelancongan dan subsidi bersasar

PETALING JAYA: Hong Leong Bank Bhd. (HLB) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh pada kadar lima peratus pada 2027, disokong permintaan domestik yang kukuh, sektor perkhidmatan digital serta pelanjutan pelbagai program bantuan bersasar di bawah Belanjawan 2027.

Unjuran berkenaan adalah selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus, selain turut didorong oleh momentum pelancongan sempena kempen Melawat Malaysia, Sukan SEA 2027 dan LIMA 2027.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, langkah kerajaan menstabilkan kedudukan fiskal negara menerusi penguncupan defisit kepada 3.3 peratus daripada KDNK atau RM77.5 bilion mewujudkan asas kewangan yang lebih kukuh dalam mendepani ketidaktentuan global.

“Langkah bantuan bersasar menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi bahan api BUDI95  dan kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 berupaya mengukuhkan asas pendapatan isi rumah golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Di samping itu, penyediaan jaminan pembiayaan, pelepasan cukai dan sokongan automasi di bawah belanjawan ini dijangka membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan produktiviti serta menembusi pasaran baharu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, HLB komited memperkasakan peniaga tempatan menerusi pendekatan BizHalal oleh HLB Islamic serta program kewangan sosial seperti iTEKAD bagi membantu usahawan berpendapatan rendah membina keupayaan perniagaan yang mampan.

“Syarikat bersedia menyediakan penyelesaian pembiayaan khusus dan perkhidmatan perbankan digital bagi membantu perniagaan mengembang operasi serta menyokong ketahanan kewangan isi rumah,” tambahnya.  –UTUSAN

The post HLB jangka KDNK 2027 tumbuh 5.0%, disokong pelancongan dan subsidi bersasar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved