HLB Priority Lancarkan Kempen “Wealth Odyssey”

Business & FinancePersonal Finance
24 Apr 2026 • 12:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

HLB Priority Lancarkan Kempen “Wealth Odyssey”

HLB Priority Lancarkan Kempen “Wealth Odyssey”

Susulan pelancaran strategik yang berjaya bagi segmen HLB Priority yang diperbaharui, Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) terus memperkukuh pendekatan berasaskan nasihatnya menerusi pengenalan kempen Wealth Odyssey, yang direka untuk menegaskan komitmen Bank dalam melihat pengurusan kekayaan sebagai satu perjalanan sepanjang hayat.

Sejak transformasi terkini HLB Priority, Bank telah beralih kepada pendekatan menyeluruh merangkumi keseluruhan kitaran kehidupan kewangan pelanggan. Kempen Wealth Odyssey bertindak sebagai lanjutan kreatif dan strategik kepada evolusi ini dengan merangkumkan kerumitan pengurusan kekayaan moden kepada tiga teras utama: Pemeliharaan, Pertumbuhan, dan Legasi.

Bagi menyokong perjalanan ini, HLB telah mengintegrasikan rangkaian penyelesaian pelaburan yang komprehensif, produk insurans, serta khidmat nasihat pasaran global ke dalam satu pengalaman yang holistik, membolehkan pelanggan menilai setiap keputusan kewangan sebagai sebahagian daripada strategi kekayaan keseluruhan.

“Apabila kami melancarkan HLB Priority yang baharu, kami beriltizam untuk beralih daripada perbankan berasaskan transaksi kepada pendekatan yang lebih berfokuskan nasihat dan panduan yang konsisten,” kata Jeffrey Yap, Pengarah Urusan dan Ketua Serantau Pengurusan Kekayaan HLB. “Wealth Odyssey merupakan langkah seterusnya dalam evolusi ini. Ia direka untuk mengingatkan pelanggan bahawa kekayaan bukanlah satu destinasi, tetapi sebuah perjalanan berterusan. Peranan kami sebagai pemegang amanah adalah menyediakan pelan hala tuju yang jelas bagi membimbing mereka melalui setiap fasa, daripada melindungi apa yang telah dibina, mengembangkan potensi, hingga akhirnya memastikan legasi yang berkekalan.”

Sebagai sebahagian daripada kempen Wealth Odyssey, Bank menawarkan pelbagai ganjaran premium eksklusif kepada pelanggan HLB Priority dan HLB Private Bank yang melabur dan mendapatkan perlindungan insurans dengan HLB.

Ganjaran ini memfokuskan pada hadiah utama yang melangkaui insentif konvensional, iaitu pengalaman ekspedisi ke tiga mercu tanda global yang dipilih berdasarkan makna simboliknya: Machu Picchu sebagai lambang nilai berkekalan yang mencerminkan Pemeliharaan; Swiss Alps sebagai pusat kekayaan global yang mendorong Pertumbuhan merentas generasi; dan Kota Larangan sebagai simbol Legasi yang abadi.

Image from: HLB Priority Lancarkan Kempen “Wealth Odyssey”

Bagi memperkukuh lagi pendekatan perjalanan kehidupan menyeluruh ini, Bank turut memperluas ekosistemnya dengan memperkenalkan penyelesaian pembiayaan portfolio strategik serta tawaran penjagaan kesihatan melalui kerjasama penting bersama Asia OneHealthcare. Inisiatif ini mencerminkan pemahaman mendalam terhadap landskap kekayaan moden, di mana kesejahteraan fizikal dan kecairan kewangan yang fleksibel sama pentingnya dengan pertumbuhan aset.

Kerjasama dalam bidang kesihatan ini selari dengan trend global yang menekankan umur panjang sebagai satu bentuk aset kekayaan, manakala pembiayaan portfolio memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk merebut peluang pasaran tanpa menjejaskan strategi pelaburan jangka panjang mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wealth Odyssey dan pendekatan HLB dalam pengurusan kekayaan, sila layari: www.hlb.com.my/wealth-odyssey