
Sebelum era penggunaan jenama syarikat kamera pada telefon pintar, Nokia memperkenalkan siri telefon PureView yang menjanjikan kualiti gambar yang hebat. Nokia tidak lagi mengeluarkan telefon pintar tetapi ini muncul ura-ura HMD Global akan mengembalikan semula peranti dengan jenama PureView.

Menurut laporan Suomimobile, video acah peranti baharu yang sedang dibangunkan HMD telah dikongsi ke forum oleh seorang kakitangan. Dalam video tersebut nama PureView digunakan serta imej peranti dengan bonggol bulat diperlihatkan. Terdapat empat lensa kamera di belakang bersama dengan jenama Schneider-Kreuznach. Lensa Schneider-Kreuznach pernah digunakan pada telefon keluarkan LG hampir 20 tahun lalu.
Bagi peminat Nokia, ini mungkin peranti yang akan mengembalikan nostalgia. Tahun ini dapat dilihat kamera dengan kemampuan tahap mercu hadir dengan sistem Leica, Hasselblad, Arri dan Carl Zeiss. Adakah kombinasi Schneider-Kreuznach dan PureView mampu menarik minat anda jika HMD melancarkan telefon mereka di Malaysia?





