HMD Global Akan Mengeluarkan Peranti Jenama Sendiri

TechnologyDigital
12 Sep 2023 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HMD Global ialah syarikat yang memegang lesen mengeluarkan peranti Nokia sejak 2016. Usaha awal mereka memberangsangkan dengan pelancaran semula Nokia 3310 dan Nokia 9 Pureview dengan sistem kamera unik. Tetapi HMD Global kini mengumumkan mereka akan mula mengeluarkan peranti jenama sendiri dalam masa terdekat.

image is not available

Pengumuman dilakukan oleh CEO HMD Global, Jean Francois Baril menerusi laman LinkedIn beliau. Menurut Baril produk HMD Global akan dipasarkan bersama dengan yang berjenama Nokia. Peranti Nokia akan terus dikeluarkan sehingga lesennya tamat pada tahun 2026.

Ini bolehlah dilihat sebagai usaha HMD Global untuk menawarkan produk jenama sendiri sekiranya Nokia tidak meneruskan kerjasama kelak. Yang pasti era Nokia di bawah HMD Global adalah menarik tetapi penawaran mereka sejak akhir-akhir sedikit mengecewakan kerana sekadar melancarkan peranti kelas pertengahan.