Hoe Yean beraksi cemerlang di Pusat Akuatik Kebangsaan

25 Apr 2025 • 12:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
HOE YEAN

PERENANG lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan, pada Khamis.

Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.

Pingat perak acara tersebut dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.

Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.

Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.

“Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).

“Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini,” kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved