Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Belgium Belasah Malaysia 9-1

28 Nov 2025 • 9:22 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Pasukan hoki ranking ketiga dunia, Belgium, membelasah Malaysia 9-1 pada perlawanan keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-31 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Selepas tewas 3-4 kepada India semalam, anak buah Sarjit Singh turun dengan misi untuk berjuang habis-habisan, namun terpaksa akur dengan kehebatan Belgium. Penyerang prolifik Belgium dan pemain terbaik dunia tahun ini, Tom Boon, membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-8, diikuti gol kedua oleh Thomas Crols tiga minit kemudian.

Pasukan negara berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-13 melalui gol padang Faizal Saari, tetapi dua minit kemudian Thibeau Stockbroekx memastikan Belgium kembali mendahului sebelum tamat suku pertama. Babak kedua menyaksikan Belgium terus menekan, dengan Roman Duvekot, Alexander Hendrickx, Tommy Willem, Tom Boon dan Victor Foubert menambah derita Speedy Tigers melalui jaringan penalti, pukulan sudut penalti dan gol padang, sebelum Roman Duvekot melengkapkan kemenangan 9-1 pada minit ke-54.

Dalam perlawanan lain, Kanada menewaskan Korea Selatan 3-2, manakala India mengalahkan New Zealand dengan keputusan sama. Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan pada Sabtu ini pada pukul 6 petang.

Ketua jurulatih Malaysia, Sarjit Singh, menyifatkan kekalahan itu sebagai pengajaran besar buat pemain, menegaskan pertembungan tersebut menjadi ukuran tepat tahap semasa skuad Speedy Tigers dan membuka ruang untuk memperbaiki kelemahan sedia ada. Beliau memuji disiplin bertahan Belgium yang menjadi contoh terbaik buat pasukan negara.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved