HomePod Dengan Skrin Dijangka Dilancarkan Pada 2025 – Akan Turut Mengintegrasikan Apple Intelligence

TechnologyDigital
30 Sep 2024 • 1:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui perkongsian terbaru di Bloomberg, kini ia dilaporkan Apple sedang membangunkan dua variasi HomePod baharu untuk tahun 2025, dimana ia dijangka akan turut hadir bersama-sama panel paparan padanya.

image is not available

HomePod merupakan sebuah peranti yang ditawarkan oleh Apple sebagai speaker berhubung, dimana pengguna bukan sahaja boleh memainkan Apple Music melaluinya, tetapi turut bertanyakan pelbagai perkara melalui integrasi Siri. Ia telah diperkenalkan pada 2017 yang lepas, dan hanya ditawarkan di Malaysia sejak tahun ini.

Melalui laporan terbaru ini, peranti HomePod dengan skrin ini dikatakan akan dikuasakan sistem operasi baharu dinamakan homeOS. Ia turut dijangka hadir dengan integrasi Apple Intelligence dalam usaha membawa integrasi sokongan kecerdasan buatan pada pelbagai produk Apple.

Peranti HomePod baharu ini dijangka adalah berbeza dengan penawaran sebuah HomePod yang dikatakan akan dilengkapi tangan robotik bersama-sama dengannya.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah strategi seterusnya oleh Apple melalui HomePod ini.