Honda City reka bentuk diperbaharui dilancarkan, harga bermula RM89,900

LocalCars
24 Sep 2026 • 2:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Honda City reka bentuk diperbaharui dilancarkan, harga bermula RM89,900 Image from: Honda City reka bentuk diperbaharui dilancarkan, harga bermula RM89,900 amree24/09/2026 - 14:51 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Sept — Honda Malaysia memperkenalkan model terkini Honda City dengan harga bermula RM89,900 yang menawarkan reka bentuk diperbaharui, teknologi lebih canggih serta ciri keselamatan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pengguna bandar masa kini.

 

Menurut kenyataan syarikat automotif tersebut, model sedan segmen-B itu hadir dalam empat varian, dengan harga sehingga RM111,900 bagi City 1.5L e:HEV RS, sekali gus memberi pilihan kepada pengguna yang mahukan sama ada enjin petrol atau teknologi hibrid.

 

Antara tarikan utama City itu ialah sistem 'sistem maklumat titik buta' dengan 'pemantauan rafik secara bersilang', yang kini ditawarkan sebagai ciri standard semua varian, selain sistem kamera pandangan sekeliling 360 darjah bagi membantu pemanduan dan parkir.

 

Honda City_DagangNews2026

 

"Lebih 536,000 unit City sudah dijual di Malaysia sepanjang tempoh 24 tahun model tersebut berada di pasaran tempatan, yang turut menunjukkan kedudukannya sebagai antara model terpenting bagi syarikat ini dalam pasaran tempatan," jelas Honda Malaysia.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkata City versi baharu itu memiliki reka bentuk lebih 'sporty' dan muda, selain teknologi yang memberi banyak kemudahan serta keyakinan kepada pengguna ketika memandu.

 

Ujar beliau, dari segi luaran, versi terkini tersebut menampilkan gril baharu, lampu hadapan 'Long Light Bar' bagi varian RS serta lampu Bi-LED sebagai ciri standard semua varian, dengan model itu turut dilengkapi dengan rim aloi 16 inci dwi-tona baharu.

 

 

Honda City_DagangNews2026

 

Bahagian kabin pula menerima sistem paparan audio baharu yang bersaiz 10 inci, manakala varian e:HEV RS dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar. Pencahayaan ambien, lampu ruang kaki dan ruang poket pintu baharu turut menambah baik suasana dalaman.

 

"Bagi rangkaian kuasa petrol pula, model City terkini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama-sama dengan transmisi CVT yang menghasilkan tenaga sebanyak 121 PS dan tork 145 Nm," tambah kenyataan Honda Malaysia.

 

Sementara itu, City e:HEV RS menggunakan teknologi hibrid Honda e:HEV dengan tork maksimum 253 Nm, selain disokong jaminan bateri hibrid selama tempoh 10 tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat jaminan perlindungan.

 

Honda City_DagangNews2026

 

Dari aspek keselamatan, semua varian dilengkapi Honda SENSING, Honda LaneWatch serta sistem pengesanan titik buta dan bantuan pertukaran lorong. Sistem kamera pandangan sekeliling 360 darjah pula ditawarkan bagi varian Petrol RS dan e:HEV RS.

 

Sempena ulang tahun ke-24 Honda City di negara ini, Honda Malaysia menawarkan Program Ganjaran Istimewa City kepada 2,400 pelanggan, dan memperkenalkan jaminan lanjutan lapan tahun mulai 1 September 2026 tertakluk kepada terma dan syarat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved