Honda CR-V 2026 Varian e:HEV – Spesifikasi, Rekabentuk, Harga

LocalCars
5 Mar 2026 • 10:19 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Pasaran SUV di Malaysia semakin meriah dengan kehadiran Honda CR-V 2026 Varian e:HEV yang baru dilancarkan.

Dalam satu langkah strategik untuk mempengukuhkan kedudukan dalam pasaran kereta elektrik, Honda Malaysia telah memperkenalkan semula CR-V yang kini merupakan generasi keenam dengan penawaran varian hybrid yang lebih meluas.

Buat pertama kalinya, dua varian e:HEV ditawarkan secara serentak dalam satu barisan model CR-V tempatan, menjadikan teknologi hibrid lebih mudah diakses.

Varian baharu ini hadir dengan pembaharuan dari segi teknologi, keselamatan, dan sentuhan rekabentuk premium, sekaligus mengukuhkan kedudukan CR-V sebagai antara model teras Honda di Malaysia.

Rekabentuk dalaman dan luaran

image is not available

Reka bentuk Honda CR-V 2026 secara keseluruhan masih mengekalkan bahasa reka bentuk elegan dan matang yang menjadi identiti SUV ini sejak generasi terdahulu, tetapi dengan beberapa sentuhan moden yang memberi aura lebih premium dan segar.

Bahagian hadapan CR-V e:HEV menampilkan gril yang lebih bersih dengan lampu hadapan LED yang tajam serta rekaan lampu daytime running lights (DRL) yang kontemporari.

Roda aloi 18 inci berwarna Berlina Black menjadi tanda pengenalan varian e:HEV, membezakan tampilannya daripada varian petrol biasa yang menggunakan kemasan Sparkle Silver pada rim aloi.

Varian e:HEV RS pula dicirikan oleh trim hitam pada elemen eksterior seperti cermin sisi dan rel bumbung, yang menambah sentuhan sporti pada profil SUV ini.

Pilihan warna baru seperti Blazing Red Pearl juga diperkenalkan untuk memberikan lebih pilihan visual kepada pembeli.

Selain itu, varian e:HEV RS tampil lebih agresif dengan kemasan hitam pada komponen lain seperti gril, perincian bampar, dan cermin sisi.

Ciri praktikal seperti pengelap cermin depan automatik dan gril aktif (active shutter grille) untuk aerodinamik turut diseragamkan pada semua varian.

Sebagai nilai tambah, semua varian CR-V kini dilengkapi standard dengan filem keselamatan dan solar Honda Authorised oleh ECOTINT.

Spesifikasi

image is not available

Semua varian kini dilengkapi dengan skrin 9-inci Advanced Display Audio (ADA) yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Lebih menarik, sistem ini kini diintegrasikan dengan perkhidmatan Google terbina dalam, termasuk Google Assistant untuk arahan suara, Google Maps untuk navigasi masa nyata, dan akses kepada pelbagai aplikasi melalui Google Play.

Untuk kemudahan tambahan, Honda Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan ciri Digital Key pada model CR-V. Pemilik kini boleh mengunci, membuka kunci, dan menghidupkan enjin kenderaan hanya dengan menggunakan telefon pintar mereka melalui aplikasi Honda CONNECT.

Aplikasi yang sama juga membolehkan fungsi kawalan jauh seperti menutup tingkap (Remote Window Close) dan mengoperasikan tailgate berkuasa elektrik (Remote Power Tailgate).

image is not available

Jantung kuasa kepada Honda CR-V 2026 Varian e:HEV adalah sistem hibrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang terkenal dengan kecekapan dan kelancarannya. Sistem ini menggabungkan enjin petrol 2.0 liter kitaran Atkinson yang menghasilkan 148 PS dan 190 Nm yang kebiasaannya bertindak sebagai penjana, dengan motor elektrik berkuasa 184 PS dan tork mengagumkan 335 Nm.

Gabungan ini memacu roda hadapan melalui sistem e-CVT, menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.9 saat dan penggunaan bahan api yang sangat efisien sekitar 5 liter per 100 km.

Selain itu, ciri keselamatan moden turut ditampilkan di dalam CR-V untuk melengkapkan pengalaman pemanduan yang selamat. Sistem Blind Spot Information (BSI) kini menggantikan sistem Honda LaneWatch lama, memberikan amaran pemandu tentang kenderaan di kawasan buta sebelah yang biasanya sukar dilihat sementara Cross Traffic Monitor (CTM) memberi amaran tentang kenderaan yang menghampiri ketika keluar dari tempat parkir.

Artikel berkaitan: Denda Penyelesaian Awal Pinjaman Kereta: Antara Mitos & Realiti

Varian dan Harga di Malaysia

BrochureDownload

Dengan pelancaran ini, barisan model CR-V di Malaysia telah dirombak menjadi tiga varian utama.

Varian S dan E petrol sebelumnya telah dihentikan, dan tempatnya digantikan oleh varian hybrid baharu.

Berikut adalah senarai harga rasmi untuk Honda CR-V 2026 Varian e:HEV dan varian lain (harga atas jalan, tanpa insurans):

  • Honda CR-V e:HEV E (Hybrid 2.0L) – RM 178,200
  • Honda CR-V 1.5L V AWD (Turbo Petrol) – RM 181,900
  • Honda CR-V e:HEV RS (Hybrid 2.0L) – RM 195,900

Dengan harga bermula RM178,200 untuk varian e:HEV E, Honda menjadikan teknologi hibrid lebih mampu milik, dengan perbezaan harga hanya RM8,300 berbanding varian e:HEV E sebelum ini yang dikuasakan enjin petrol.

Harga ini termasuk jaminan 5 tahun tanpa had mileage untuk seluruh kenderaan, ditambah dengan perkhidmatan buruh percuma.

Lebih istimewa, untuk varian e:HEV, bateri lithium-ion dilindungi jaminan selama 8 tahun tanpa had mileage.

Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli yang ingin beralih kepada kenderaan elektrifikasi tanpa kompromi terhadap ruang, prestasi, dan status ikonik Honda CR-V.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, lawati lamnweb rasmi Honda Malaysia.