
iQIYI, salah satu platform penstriman popular, kini mengumumkan mereka akan mengemaskini harga langganan untuk pasaran Malaysia berkuat-kuasa 1 April 2026, yang mana akan memperlihatkan peningkatan pada harga langganan. iQIYI mengatakan perubahan ini akan memberi kesan kepada pelanggan baharu sahaja, sementara pelanggan sedia ada boleh menikmati harga langganan seperti sekarang.

Melalui perubahan baharu, iQIYI Standard VIP akan ditawarkan pada harga langganan RM16.90 sebulan (berbanding RM13.90 sebulan sebelum ini). Sementara iQIYI Premium VIP pula akan ditawarkan pada harga langganan RM24.90 sebulan (berbanding RM20.90 sebulan sebelum ini).
iQIYI mengatakan peningkatan harga langganan ini selari dengan penambahan pelbagai kandungan baharu pada platform berkenaan, disamping memastikan pengalaman penggunaan yang baik dibawah platform tersebut. Untuk makluman, sebelum ini, selang setahun lepas, iQIYI turut melakukan perkara sama dalam meningkatkan harga langganan perkhidmatan penstriman mereka.



