
SANDAKAN: Selepas kejayaan misi berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Sandakan bagi bagi memperingati perjalanan kawat maut Sandakan-Ranau semasa Perang Dunia Kedua sejauh kira-kira 350km, dua orang pengembara kini kembali dengan misi berjalan kaki dari Sandakan ke Tawau sejauh kira-kira 330km selama 15 hari bermula Isnin (17 Disember) dan dijangka tamat pada hujung tahun ini.
Ketika dihubungi Harian Ekspres pada Rabu, Ruslie Jokulon,56, atau Coach Lie, yang berasal dari Kota Kinabalu dan menetap di Sandakan itu berkata, kali ini, misi itu diteruskan beliau bersama Mhd Al Nizam Nazri, 33, yang juga anak jati Sandakan menerusi misi berjalan kali dikenali sebagai "Kembara Pantai Timur dari Sandakan ke Tawau".
AdvertisementManakala, Suhaimie Suman, 62, yang berasal dari Telupid, kali ini tidak dapat menyertai misi itu kerana ada komitmen yang lain iaitu menghadiri kursus umrah yang mana beliau dijadualkan bakal menunaikan umrah.
Lie dan Al Nizam memulakan perjalanan pada Selasa dari mercu tanda "I Love Sandakan" di pusat bandar Sandakan menamatkan perjalanan hari pertama di Batu 16, Sandakan sebelum meneruskan perjalanan hari kedua pada Rabu dari Batu 16 ke Ulu Dusun, Sandakan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more "Kami menganggarkan untuk berjalan sejauh 25-30km dalam sehari dan akan berhenti di mana-mana perhentian yang sesuai sebelum meneruskan perjalanan pada esok hari dan ia juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa seperti hujan," jelasnya.

![Tular Masjid Di Kedah Tak Benarkan Dua Pengembara Haji Bermalam, Ini Respon Tuan Badan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

