Honda e:N1 kini boleh dipratempah di Malaysia, akan dilancarkan pada suku kedua 2025

LocalCars
17 Apr 2025 • 3:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honda Malaysia mengumumkan mereka kini telah mula menerima tempahan untuk e:N1. Ia merupakan kenderaan elektrik (EV) pertama Honda yang akan dilancarkan di Malaysia, dan secara asasnya versi EV kepada Honda HR-V.

Pertama kali dipamerkan di Malaysia di acara KLIMS 2024 pada November tahun lalu, Honda e:N1 akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2025 dan rakyat Malaysia boleh membuat tempahan dengan bayaran sebanyak RM99 melalui laman web Honda Malaysia.

Sekiranya anda merancang untuk membuat tempahan, perlu diketahui bahawa tempahan untuk Honda e:N1 hanya ditawarkan di lapan pusat jualan Honda, iaitu:

  • Selangor Accord Auto
  • Selangor HZN Cars
  • KL Peringgi Sri Motor
  • Selangor Tiong Nam Motor
  • Perak Ban Hoe Seng Auto
  • Penang Vivahill Auto
  • Negeri Sembilan Ban Lee Heng Motor
  • Johor Kah Motor Co. (Tebrau)

Buat masa ini, Honda Malaysia masih belum mengumumkan anggaran harga bagi e:N1.

Spesifikasi Honda e:N1

Honda e:N1 adalah sebuah SUV elektrik dengan 5 tempat duduk, yang berada dalam segmen yang sama dengan Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan Chery Omoda E5. Honda e:N1 didatangkan dengan motor tunggal yang memacu roda hadapan, mampu menghasilkan output kuasa 150kW (201hp) dan tork setinggi 310Nm.

Berdasarkan helaian spesifikasi UK, SUV elektrik ini boleh memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 7.6 saat dengan kelajuan maksimum 160km/j. EV ini dibekalkan dengan bateri Lithium Ion 68.8kWh dengan jarak kembara sejauh 500km berdasarkan piawaian NEDC. Untuk jarak kembara yang lebih realistik, EV ini memiliki jarak WLTP sehingga 412km.

Apabila perlu dicas, e:N 1 di UK menerima arus AC sehingga 11kW dan menyokong pengecasan DC sehingga 77kW. Mengecas 10-80% menggunakan DC mengambil masa kira-kira 45 minit, manakala mengecas penuh menggunakan AC akan mengambil masa sekitar 6 jam.

Daripada segi keselamatan, e:N 1 dilengkapi dengan sistem Blind Spot Information (BSI) dengan Cross Traffic Monitor (CTM), serta sembilan ciri keselamatan canggih menerusi Honda Sensing. EV ini juga ditdatangkan standard dengan roda dwi-tona bersaiz 18″.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved